suria

Skuasy Terbuka Malaysia: Nicol Ditentang Sengit Sebelum Menang

Aksi Nicol pada aksi suku akhir pada Khamis.
Aksi Nicol pada aksi suku akhir pada Khamis.
Aksi Nicol pada aksi suku akhir pada Khamis.

PETALING JAYA: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ditentang sengit oleh pemain Hong Kong, Annie Au sebelum mencatat kemenangan, 6-11,11-5,15-13,11-5 pada aksi suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2012, Khamis.

"Dia mempunyai peluang baik dan bersungguh-sungguh cuba mengutip mata dengan melakukan pukulan pendek.

"Namun saya gembira selepas menang 3-1. Yang pasti hari pertama bermain di gelanggang kaca agar sukar dan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan tiga kemenangan setakat ini," katanya selepas perlawanan.

Menunggu pemain nombor satu dunia ini pada saingan separuh akhir pada Jumaat ialah pemain keempat dunia dari England, Laura Massaro yang telah menewaskan Nour El Sherbini (Mesir) pada aksi sama hari ini.

"Sudah pasti separuh akhir nanti bakal menyaksikan perlawanan sengit. Laura pemain hebat, tetapi saya akan cuba bermain dengan baik.

"Ia satu kelebihan bermain di gelanggang ini. Saya juga akan cuba kekal konsisten sebaik mungkin," katanya.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Positif Di San Marino

Artikel Berikut

Artikel Lain