suria

Skuasy Terbuka Malaysia: Nafiizwan Kandas Pada Aksi Suku Akhir

Nafiizwan (kanan) tewas pada aksi suku akhir, Khamis.Foto: The Star/S.S KANESAN
Nafiizwan (kanan) tewas pada aksi suku akhir, Khamis.Foto: The Star/S.S KANESAN
Nafiizwan (kanan) tewas pada aksi suku akhir, Khamis.Foto: The Star/S.S KANESAN

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat aksi tunggal pemain skuasy lelaki negara mara ke separuh akhir musnah apabila Mohd Nafiizwan Mohd Adnan tewas di tangan pemain Mesir, Tarek Momen, 8-11,4-11,13-11,4-11 pada aksi suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2012, Khamis.

Ketangkasan pemain Mesir itu gagal dikejar Nafiizwan biarpun menang pada set ketiga.

"Permainan pada set pertama dan kedua agak perlahan, namun saya bangkit memenangi set ketiga.

"Tetapi corak pukulan pendek yang dilakukan oleh Tarek menyukarkan saya untuk menarik dia bermain dengan lebih lama.

"Saya sedikit keletihan dan dari situ dia mengambil peluang untuk menewaskan saya," jelasnya selepas perlawanan.

Nafiizwan yang beraksi secara wild card mengakui akan menggunakan pengalaman kejohanan ini bagi meningkatkan lagi prestasi permainannya akan datang.

"Pertama kali mara ke suku akhir pada kejohanan ini dan saya berpuas hati.

"Namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki selepas ini," tambah pemain yang berada di ranking ke-33 dunia ini.

Selepas ini, Nafiizwan bakal beraksi pada Terbuka Macau pada Oktober depan

Artikel Sebelum

Zulfahmi Positif Di San Marino

Artikel Berikut

Artikel Lain