Jangan Buat Pendedahan Aibkan Kesatuan - Shahidan - Sukan | mStar

Jangan Buat Pendedahan Aibkan Kesatuan - Shahidan

KUALA LUMPUR: Menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM) Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada 23 Sept ini, Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim menasihati pihak yang ingin bertanding supaya tidak melakukan pendedahan yang mengaibkan badan induk itu.

Beliau berkata amalan 'berpolitik' sedemikian tidak adil kepada ahli-ahli lain yang ingin bertanding malah memalukan dan mencemar nama baik diri sendiri.

"Kalau nak buat pendedahan, saya pun boleh buat, kerana sebagai presiden saya tahu lebih banyak perkara, tapi saya tak buat. Ini idak adil, " katanya kepada pemberita di pejabat kesatuan itu di Stadium Nasional Bukil Jalil di sini, Rabu.

Beliau yang memegang jawatan presiden sejak 2006 berhasrat untuk mempertahan kedudukannya pada AGM kali ini.

Katanya beliau bersedia untuk bertanding sekiranya ada pihak yang berminat merebut jawatan itu terutamanya mereka yang serius untuk membawa transformasi pada kesatuan tersebut.

"Sekiranya ada yang berminat saya sendiri akan berjumpa dengan beliau. Saya tidak mahu ada perkelahian atau permusuhan, biar pemilihan ini berlangsung dalam suasana kasih sayang dan persahabatan," katanya yang turut mengakui menerima sokongan daripada ramai ahli gabungan.

Bagaimanapun, Shahidan enggan mengulas mengenai pencapaian KOM sepanjang enam tahun beliau mengendalikan badan induk itu bersama Timbalan Datuk Karim Ibrahim.

Katanya kejayaan atau kegagalan kesatuan itu adalah hasil kerjasama seluruh ahli dan bukan atas nama individu tertentu.

"Kita mahu lihat ke hadapan. KOM telah melalui ribut taufan namun kapal masih kuat. Kita mahu terus maju ke hadapan dan mula lakukan perubahan," katanya.

Senarai calon yang bertanding pada AGM tersebut akan diumumkan Sabtu ini di pejabat KOM pukul 12 tengah hari. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jadual Piala Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain