Wee Wern Tewaskan Pemain Kelima Dunia, Mara Ke Suku Akhir - Sukan | mStar

Wee Wern Tewaskan Pemain Kelima Dunia, Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara, Low Wee Wern mara aksi suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB selepas menewaskan pemain dari Ireland, Madeline Perry di Pusat Skuasy National, Bukit Jalil, Rabu.

Kemenangan Wee Wern 11-3, 9-11,11-4, 11-8 ke atas pemain yang berada di ranking kelima dunia itu bukan mudah sehingga mengambil masa 62 minit untuk menewaskan Perry.

"Saya menang 3-1 dan setiap set keputusan mata agak rapat. Pada set kedua saya tewas, namun bangkit pada set ketiga dan keempat.

"Ini merupakan kemenangan pertama saya ke atas Perry. Ia sedikit sebanyak memberi semangat untuk beraksi pada saingan suku akhir esok (Rabu)," jelas pemain yang berada di ranking kesebelas dunia ini.

Wee Wern bakal bertemu jaguh England yang berada di ranking ketiga dunia, Jenny Duncalf.

"Saya pernah menang sekali ke atas Duncalf ketika aksi Terbuka Cathay Pacific Hong Kong pada November tahun lalu.

"Namun saya sedar situasi tidak akan sama kerana tahun lalu dia mengalami kecederaan.

"Tahun ini dia kembali cergas dan pasti sukar untuk menewaskannya.

"Pun begitu saya gembira kerana dapat bertemu dengan pemain-pemain teratas dunia dan saya akan hadapi perlawanan satu persatu," katanya.

Duncalf mara ke pusingan suku akhir selepas turut menewaskan pemain Perancis, Camille Serme, 11-5, 11-4,11-7.

Turut mara ke suku akhir, Alison Water (England) selepas mengetepikan pemain dari Belanda, Natalie Grinham, 11-5, 11-6,11-3.

Waters akan menentang pemain Mesir, Raneem El Weleily yang telah mengalahkan rakan senegaranya, Omneya Abdel Kawy, 6-11,11-9,11-7,11-2.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik