suria

Paralimpik: Enam Pingat Emas Jadi Rebutan Pada Hari Terakhir

LONDON: Enam pingat emas menjadi rebutan pada hari terakhir Sukan Paralimpik London, Ahad.

Pingat berkenaan ialah bagi acara bola sepak tujuh sebelah, ragbi kerusi roda dan perlumbaan marathon, dengan acara marathon menawarkan empat pingat emas.

Jaguh tuan rumah, David Weir, yang memenangi tiga pingat emas bagi acara trek, akan berjuang untuk menambah kegemilangannya dalam persaingan dengan para peserta handalan lain bagi acara marathon T54 (kerusi roda) lelaki.

Menurut laman web Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik London (LOGOC), walaupun Weir menjuarai London Marathon untuk kali keenam pada April, atlet ini perlu bersedia dengan kemampuan terbaiknya sekiranya ingin mengalahkan atlet Australia, Kurt Fearnley, yang menyandang gelaran juara bagi acara marathon Sukan Paralimpik 2004 dan 2008.

Sementara itu, perlawanan akhir bagi acara bola sepak tujuh sebelah di Riverbank Arena antara Ukraine dan Rusia merupakan pertemuan ulangan bagi dua pasukan itu yang sebelum ini bertemu bagi merebut pingat emas pada Sukan Paralimpik Beijing 2008.

Perlawanan ragbi kerusi roda pula mencapai kemuncaknya di Basketball Arena yang menyaksikan pertemuan antara Australia dan Kanada. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain