Jamery Kandas Di Peringkat Saringan - Sukan | mStar

Jamery Kandas Di Peringkat Saringan

LONDON: Perenang negara Jamery Siga gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara 50m kuak kupu-kupu lelaki S5 Sukan Paralimpik London apabila menduduki tempat keenam dalam acara saringan ketiga di Pusat Akuatik di sini Jumaat.

Perenang kelahiran Sarawak itu mencatatkan masa 51.54 saat, jauh ketinggalan daripada pencapaian terbaik 44.32s yang dicatatkan pada pertandingan British Disability Championship, tahun ini.

Pada penampilan pertama di sini, Jamery, 27, mengambil bahagian dalam acara 50m dan 200m gaya bebas, 50m kuak lentang dan 50m kuak kupu-kupu tetapi cabarannya terkandas di peringkat saringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jadual Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Piala Dunia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain