suria

Hamilton Raih Petak Pertama GP Itali

MONZA, Itali: Lewis Hamilton daripada pasukan McLaren berjaya meraih petak pertama di Grand Prix Formula One Itali pada Sabtu.

Kedua-dua pelumba McLaren dari Britain berada di petak hadapan dengan Jenson Button di tempat kedua.

Ini merupakan kali ketiga pasukan McLaren berjaya meraih petak hadapan.

Pemandu pasukan Ferrari, Felipe Masa pula mencatatkan masa ketiga terpantas sementara rakan sepasukannya, Fernando Alonso yang juga pendahulu kejohanan hanya mampu mencatatkan masa ke-10 terpantas. -REUTERS

Artikel Berikut

Artikel Lain