suria

Owen Sarung Jersi Stoke City Selama Setahun

Michael Owen
Michael Owen
Michael Owen

BEKAS pemain Manchester United, Michael Owen sah menyarung jersi Stoke City selama setahun, tertakluk kepada kelulusan lembaga Liga Perdana.

Penyerang berusia 32 tahun itu akan menyertai Stoke sebagai ejen bebas selepas dia dilepaskan oleh United.

Owen turut dikaitkan dengan beberapa kelab pada musim panas ini termasuk Liverpool dan Sunderland tetapi pengurus Stoke, Tony Pulis berjaya menambat hati bekas penyerang England itu.

Stoke mengesahkan perpindahan Owen menerusi laman sosial Twitter kelab itu.

"Stoke City teruja mengumumkan perpindahan Michael Owen selama setahun, tertakluk kepada kelulusan lembaga Liga Perdana," katanya menerusi Twitter.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu dijangka mengesahkan senarai 25 pemain utamanya untuk musim ini.

Owen menjaringkan 221 gol dalam 473 penampilan dan menjadi pemain ketujuh menyertai Stoke pada musim panas ini.

Stoke turut membawa masuk Jamie Ness, Geoff Cameron, Michael Kightly, Maurice Edu, Charlie Adam dan Steven N'Zonzi.

Owen bergelut dengan masalah kecederaan ketika berada di Old Trafford musim lalu.

Namun, dia menjaringkan 17 gol daripada 52 penampilan sepanjang tiga tahun memperkuat United, termasuk tiga dalam empat perlawanan musim lalu.

Artikel Lain