suria

Mourinho Enggan Ulas Kemurungan Ronaldo

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho berkata beliau tidak akan membuat sebarang komen mengenai pengakuan mengejutkan oleh Cristiano Ronaldo bahawa dia tidak berpuas hati dengan kelabnya.

"Saya tidak akan berkata apa-apa tentang itu," kata jurulatih Portugis ini apabila ditanya mengenai bintang senegara dan masalah penyerang itu semasa temu bual dengan harian sukan AS yang disiarkan Khamis.

"Saya bersedia untuk bercakap tentang segala-galanya. Saya telah menjawab secara mendalam dan ikhlas. Tetapi jangan tanya saya mengenai Cristiano. Anda perlu faham. Tolong jangan mendesak," kata Mourinho.

Ronaldo 27 tahun mengaku "sedih" apabila ditanya mengapa beliau tidak meraikan dua gol yang dijaringkan Real Madrid yang membawa kemenangan 3-0 ke atas Granada pada Ahad.

Ronaldo masih tidak menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati, yang pada hari Ahad menyakatakan ia adalah profesional, bukan peribadi. "Orang tahu mengapa," beliau dipetik sebagai berkata.

Penyerang ini menggunakan laman Facebook dan Twitter pada Selasa menafikan motif kewangan menjadikannya tidak gembira.

"Saya berasa sedih dan telah menyatakan kesedihan ini yang telah mewujudkan kekacauan," kata Ronaldo. "Saya dituduh mahukan lebih banyak wang, tetapi satu hari nanti ia akan menunjukkan bahawa ini bukan sebabnya." - AFP

Artikel Lain