suria

Tokoh Sukan Negara Tan Sri Hamzah Abu Samah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah, meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, Selasa.

Allahyarham Hamzah, 88, menghembuskan nafas terakhir di pusat perubatan itu kira-kira pukul 3.30 petang.

Kematiannya disahkan oleh isterinya Toh Puan Zainon Hussain ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Menteri Undang-undang dan Peguam Negara sebelum bersara daripada Kabinet pada September 1980. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain