Sukan IPT Bakal Jadi Kejohanan Nasional Berprestij - Sukan | mStar

Sukan IPT Bakal Jadi Kejohanan Nasional Berprestij

PUTRAJAYA: Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT), yang akan berlangsung di sekitar Lembah Klang pada 28 Okt hingga 11 Nov ini, bakal menjadi kejohanan sukan nasional berskala besar dan berprestij dengan penglibatan atlet-atlet elit negara daripada golongan mahasiswa.

Penyelaras Media Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Nur Ekmal Buhari berkata, setakat ini lebih 10,000 atlet dan pegawai dari 98 kontinjen Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej komuniti seluruh negara telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.

"Ini kali pertama IPTA, IPTS dan kolej komuniti bersaing dalam satu kejohanan besar, oleh sebab itu tentu sahaja setiap institusi akan menghantar peserta terbaik mereka.

"Kita boleh menjangkakan penyertaan daripada atlet elit dalam acara-acara seperti olahraga, memanah, renang dan badminton, malah berkemungkinan besar ada atlet yang bertanding di Olimpik baru-baru ini akan mengambil bahagian," katanya kepada media selepas taklimat kepada wakil-wakil kontinjen di KPT di sini, Selasa.

Selain penglibatan atlet elit, Nur Ekmal berkata SUKIPT akan turut menyaksikan penyertaan atlet dari Sukan Malaysia dan mahasiswa yang berasal dari luar negara sekaligus menjadikan temasya itu kejohanan sukan paling kompetitif di antara pusat-pusat pengajian tinggi.

Katanya sebanyak 15 acara sukan dipertanding iaitu olahraga, akuatik, memanah, badminton, ragbi tujuh sebelah, bola jaring, sepak takraw, tenis, bola tampar, bola tampar pantai, karate-do, taekwondo, catur, boling dan menembak.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain