suria

Lapan Pelumba Pelapis Sukma Terengganu Sertai GP Myanmar

KUALA TERENGGANU: Lapan pelumba pelapis skuad berbasikal Terengganu akan menyertai kejohanan Grand Prix Sirkit ke-3 di Sarawak dari 19 hingga 22 Sept ini.

Ketua jurulatih lumba basikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata enam pelumba lelaki dan dua wanita yang merupakan pelapis Sukan Malaysia (Sukma) 2014 itu dihantar ke Bumi Kenyalang sebagai sebahagian program pendedahan.

"Pendedahan itu amat berguna kepada pelumba di mana mereka semua dapat merasai pengalaman bersaing dengan pelumba lain sebelum menyertai kejohahan yang lebih besar.

"Kita akui semua pelumba kita masih muda dan baru berusia belasan tahun, mungkin perasaan takut atau gugup itu akan terasa jadi kita rasa dengan memberikan mereka menyertai kejohanan seperti ini dapat diatasi," katanya.

Syed Hussaini berkata menerusi kejohanan seperti itu juga, pihak persatuan dapat memperbaiki kelemahan serta kekurangan pada pelumba.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 60 pelumba pelapis kini giat menjalani latihan sebagai persediaan Sukma 2014 di Perlis nanti.

Daripada jumlah itu, 15 pelumba telah dikenal pasti berpotensi untuk mewakili Terengganu pada temasya sukan tersebut.

"Kita telah menjalani latihan intensif bermula 26 Ogos lalu dan telah mengenal pasti bakat yang akan diketengahkan pada Sukma nanti.

"Kita harap kesemua mereka yang akan terpilih mewakili Sukma ini nanti akan terus mempamerkan aksi yang kosisten sepanjang sesi latihan ini," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain