suria

Van Persie Jaring Hatrik Untuk Man United

Robin van Persie
Robin van Persie
Robin van Persie

PENYERANG baru Manchester United, Robin van Persie mula menunjukkan taringnya apabila melakukan hatrik ketika menentang Southampton dalam Liga Perdana inggeris (EPL), Ahad.

Bekas pemain Arsenal ini melakukan jaringan pada minit ke-23,87 dan 90 sekaligus menumpaskan skuad Southampton 3-2.

Menurut pengurus Sir Alex Ferguson berkata, pemain-pemainnya tidak pernah berputus ada dalam setiap perlawanan.

"Sudah tentu ini dianggap sejarah. Kami gembira kerana semua pemain sudah kembali ke landasan betul.

"Kami sentiasa melakukan seperti itu di kelab ini dan ia sungguh menakjubkan.

"Namun sebenarnya kami 'tidak bermain' sehinggalah Scoles mula masuk padang dan melakukan hantaran yang kemas dan menjadikan perlawanan ini milik kami," katanya.

Artikel Berikut

Arsenal Benam Liverpool 2-0

Artikel Lain