suria

Button Menang GP Belgium

Button julang trofi kedua musim ini.
Button julang trofi kedua musim ini.
Button julang trofi kedua musim ini.

SPA-FRANCORCHAMPS (Belgium): Jenson Button berjaya merangkul kejuaraan Grand Prix Belgium apabila pemandu pasukan McLaren mendahului sejak daripada awal perlumbaan yang diadakan di Litar Spa-Francorchamps pada Ahad.

Ini merupakan kemenangan keduanya selepas merangkul kejuaraan pada awal musim di Australia, Mac lalu.

Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull berada ditangga kedua sementara Kimi Raikkonen daripada pasukan Lotus turut sama berada di podium.

Perlumbaan bermula sangat mengerikan apabila beberapa kereta bertembung pada pusingan pertama.

Kesan perlanggaran tersebut juara dunia, Fernando Alonso (Ferrari), bekas juara dunia, Lewis Hamilton (McLaren) dan Roman Grosjean (Lotus) tersingkir daripada perlumbaan.

Kejadian malang tersebut berlaku sebaik sahaja kereta keselamatan meninggalkan trek perlumbaan.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada Grosjean cuba untuk memintas Hamilton yang menyebabkan dia melanggar belakang kereta pemandu Perancis itu yang menyebabkan ia berpusing dan bertembung dengan kereta dipandu Alonso daripada pasukan Ferrari.

Turut tersingkir daripada perlumbaan selepas terlibat dengan kemalangan adalah Sergio Perez daripada pasukan Sauber.

Kesemua empat pelumba bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Perlumbaan disambung semula beberapa minit kemudian dengan Button terus berada didepan daripada awal hingga akhir perlumbaan tanpa mampu dipintas mana-mana pelumba. - AFP

Artikel Berikut

Arsenal Benam Liverpool 2-0

Artikel Lain