suria

Real Madrid Pinjam Essien Sepanjang Musim Ini

Essien berpindah ke Real Madrid sebagai pemain pinjaman.
Essien berpindah ke Real Madrid sebagai pemain pinjaman.
Essien berpindah ke Real Madrid sebagai pemain pinjaman.

REAL Madrid bersetuju untuk mengikat pemain tengah Ghana, Michael Essien secara pinjaman dari kelab Chelsea sepanjang musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu mula menyertai The Blues pada tahun 2006 dari Olympique Lyon sememangnya dikaitkan dengan bekas pengendali Stamford Bridge, Jose Mourinho sebelum ini.

Sepanjang bersama Chelsea, Essien telah membantu kelab itu dengan dua gelaran liga, empat kali juara Piala FA serta trofi Liga Juara-juara (CL) musim lalu.

Bagaimanapun dia tidak beraksi ketika Chelsea tewas 4-1 kepada Athletico Madrid dalam Piala Super Eropah di Monaco, awal pagi Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain