suria

Button Menang GP Belgium

SPA-FRANCORCHAMPS (Belgium): Jenson Button berjaya merangkul kejuaraan Grand Prix Belgium apabila pemandu pasukan McLaren mendahului sejak daripada awal perlumbaan yang diadakan di Litar Spa-Francorchamps pada Ahad.

Ini merupakan kemenangan keduannya selepas merangkul kejuaraan pada awal musim di Australia, Mac lalu.

Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull berada ditangga kedua sementara Kimi Raikkonen daripada pasukan Lotus turut sama berada di podium.

Perlumbaan bermula sangat mengerikan apabila beberapa kereta bertembung pada pusingan pertama.

Kesan perlanggaran tersebut juara dunia, The end result of the accident was that Fernando Alonso (Ferrari), bekas juara dunia, Lewis Hamilton (McLaren) dan Roman Grosjean (Lotus) tersingkir daripada perlumbaan.

Kejadian malang tersebut berlaku sebaik sahaja kereta keselamatan meninggalkan trek perlumbaan.

Kemalangan dikatakan berpunca darpada Grosjean cuba untuk memintas Hamilton yang menyebabkan dia melanggar belakang kereta pemandu Perancis itu yang menyebabkan ia berpusing dan bertembung dengan kereta dipandu Alonso daripada pasukan Ferrari.

Turut tersingkir daripada perlumbaan selepas terlibat dengan kemalangan adalah Sergio Perez daripada pasukan Sauber.

Kesemua empat pelumba bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Perlawanan disambung semula beberapa minit kemudian dengan Button terus berada didepan daripada awal hingga akhir perlumbaan tanpa mampu dipintas mana-mana pelumba. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain