suria

Spurs Beli Dempsey Dan Lloris, Jual Van der Vaart

Dempsey menjadi milik Spurs musim ini.
Dempsey menjadi milik Spurs musim ini.
Dempsey menjadi milik Spurs musim ini.

TOTTENHAM Hotspur mengisi masa-masa terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup dengan mengikat pemain tengah Fulham, Clint Dempsey bersama kapten Perancis, Hugo Lloris, dan menjual Rafael van der Vaart.

"Kami telah mencapai persetujuan dengan Fulham bagi mendapatkan Clint Dempsey," jelas satu kenyataan Spurs dalam laman webnya.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini dikait rapat dengan Liverpool selepas menjaringkan 17 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, namun Anfield gagal memberi kepuasan kepada Fulham ketika perbincangan diadakan.

Dempsey menyertai Fulham pada tahun 2007 dari New Zealand Revolution, menjaringkan 60 gol dalam 224 penampilan untuk pasukan Craven Cottage.

Selain itu, pada petang Jumaat, Spurs juga turut bersetuju membayar £10 juta (RM50 juta) kepada Lyonn untuk mendapatkan Lloris .

"Lloris telah menandatangi kontrak selama empat tahun," jelas kenyataan Lyon.

Lloris,25, telah berjaya mencatat 38 kap serta telah beraksi pada Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 mula menyertai Lyon pada tahun 2008 dari kelab Nice.

Dia juga turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam Ligue 1 pada tahun 2009,2010 dan 2012.

Dalam pada itu, pemain tengah Spurs, Van der Vaar,29, yang sebelum ini beraksi bersama Hamburg dari tahun 2005 hingga 2008 akhirnya dijual selepas menghabis dua musim di Real Madrid dan Spurs.

"Saya berbesar hati Rafael van der Vaart kembali bermain dengan HSV. Dia bakal menjadi pemain penting dalam pasukan kami," kata pengurus kelab, Thorsten Fink.

Van Der Vaart yang lebih sinonim dengan pasukan Belanda lebih 10 tahun berkata:"Ini adalah satu mimpi buat saya dan ahli keluarga. Saya teruja dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun."

Pun begitu, berita sedih buat Van der Vaart apabila namanya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala dunia bulan depan bertemu Turki dan Hungary.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal berkata, Van der Vaart tidak banyak beraksi di kelab sejak akhir-akhir ini.

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain