suria

Papua New Guinea Terpaksa Kerja Keras Sebelum Catat Tiga Kemenangan

KOTA KINABALU: Juara bertahan Papua New Guinea terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan mereka pada hari pertama Kejohanan Ragbi Asia Pasifik Wanita Tujuh Sebelah, Borneo Sevens 2012 di Kompleks Sukan Likas di sini, Jumaat.

Papua New Guinea menumpaskan Hong Kong, Thailand dan Korea Selatan untuk mendahului Kumpulan A, yang turut menampilkan pasukan China.

Bagaimanapun, ia bukan satu tugas mudah buat penyandang juara itu apabila menghadapi tentangan hebat daripada pasukan Hong Kong pada perlawanan pembukaan sebelum mencatat kemenangan 35-24.

Pada perlawanan kedua, Thailand yang terlebih dahulu berada di hadapan dengan tujuh mata pada separuh masa pertama dan situasi itu memaksa Papua New Guinea menggandakan asakan.

Usaha Papua New Guinea akhirnya berhasil apabila mereka berjaya menumpaskan Thailand 26-12.

Juara bertahan itu terus unggul apabila membenam Korea Selatan pada perlawanan ketiga mereka. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain