suria

Elvinn Koo Mara Ke Suku Akhir Crocodile Challenge Cup

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara Elvinn Koo mengalahkan pemain Republik Czech, Jan Koukal dalam pusingan pertama kejohanan skuasy Crocodile Challenge Cup yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong di Hong Kong pada Khamis.

Menurut laman web kejohanan, beliau mengalahkan pilihan kedua kejohanan dalam lima set 7-11, 13-11, 7-11, 11-9 dan 11-9 untuk menempah tempat ke suku akhir pada Jumaat.

Elvinn, 24, yang berasal dari Pulau Pinang akan bertemu Mazen Hesham Ga Sabry dari Mesir yang mengalahkan Ramit Tandon dari India 12-10, 11-7 dan 11-4 dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$15,000 (RM46,849).

Namun seorang lagi pemain negara, Choong Kam Him kalah kepada pemain tuan rumah Max Lee 5-11,7-11 dan 6-11.

Max selaku juara bertahan akan bertemu rakan senegara Dick Lee di suku akhir yang mengalahkan Ravi Dixit dari India dalam empat set 8-11, 11-4, 13-11 dan 11-3. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain