suria

Terbuka Amerika Syarikat: Serena, Venus Mara Ke Pusingan Kedua

Serena Willliams
Serena Willliams
Serena Willliams

SERENA dan Venus Williams mara ke pusingan kedua penuh bergaya selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi pertama Kejohananan Terbuka Tenis Terbuka Amerika Syarikat, awal pagi Rabu.

Walaupun menjadi pemain pilihan keempat kejohanan, Serena telah membuktikan dia masih lagi pemain terbaik bertaraf dunia.

"Sudah tentu saya percayakannya. Saya rasa sebahagian pemain yang beraksi di kejohanan ini mempunyai perasaan seperti saya.

"Saya tidak peduli mengenai ranking. Saya pernah berada di kedudukan nombor satu dunia. Ia hebat. Tetapi saya lebih menumpukan untuk menjadi pemain terbaik.

"Itu bermakna, jika saya menang dan bukan nombor satu, ia 'ok' sahaja," katanya selepas menewaskan Coco Vandeweghe, 6-1 6-1 dalam tempoh kurang sejam.

Bagaimanapun Serena mengakui keadaan agak sukar memandangkan cuaca berangin yang sukar untuknya mendapatkan rentak permainan.

"Keadaan agak sukar dan saya tidak dapat bermain dengan rentak sendiri. ia bukanlah peluang yang baik bagi saya untuk meningkatkan permainan," katanya.

Serena bakal bertemu pemain Sepanyol, Maria Jose Martinez Sanchez pada pusingan kedua nanti.

Sementara itu, kakak Serena yang turut menang ke atas Bethanie Mattek-Sands memulakan misinya dengan baik selepas mencatat keputusan 6-2 6-0.

Venus yang merupakan bekas pemain nombor satu dunia yang kini berada di kedudukan ke-46 yakin dia mampu bangkit untuk berada dalam kelompok sepuluh terbaik.

"Saya mensasarkan untuk berada dalam kelompok sepuluh terbaik dan rasaya sekarang adalah masa yang sesuai," jelas pemain tuan rumah berusia 32 tahun ini.

Artikel Lain