suria

Spurs Beli Dembele, Rancang Jual Van der Vaart

Moussa Dembele
Moussa Dembele
Moussa Dembele

KELAB LONDON Tottenham Hotspur yang terkenal suka membeli pemain baru di saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan ditutup telah mengesahkan penyertaan Moussa Dembel dari Fulham - sekaligus berjaya menyaingi Manchester United yang juga berlumba untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Spurs bersetuju untuk membayar £15 juta kepada Fulham.

Sir Alex Ferguson telah meminta United membuat pertanyaan rasmi ke atas Dembélé selepas dia melihat pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi memberansangkan ketika United menang ke atas Fulham 3-2 Sabtu lalu.

Malangnya, kedua-dua buah kelab itu tidak dapat bersetuju dengan jumlah perpindahan.

Kini pemain Belgium itu akan mengantikan tempat Luka Modric, yang telahpun menyertai Real Madrid Isnin lalu pada harga £30 juta.

Tottenham juga sedang memperincikan butir-butir perpindahan untuk penjaga gol nombor satu Perancis, Hugo Lloris dari Lyon.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu telah mewakili Perancis sebanyak 38 kali.

Terdapat juga cakap-cakap yang Tottenham akan menjual penyerang mereka, Rafael van der Vaart, 29, kepada kelab lamanya Hamburg. Van der Vaart bermain untuk Hamburg dari tahun 2005 hingga 2008 sebelum berpindah ke Real Madrid.

Artikel Lain