suria

Selamat Datang Ke Tempat Asal Sukan Paralimpik - COE

LONDON: Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik London (LOGOC), Sebastian Coe mengalu-alukan kehadiran para atlet ke tempat asal Sukan Paralimpik London yang dibuka secara rasmi pada Rabu.

Sambil mengimbas pertandingan sukan yang diadakan oleh Ludwig Guttman dari Jerman untuk mereka yang cedera dalam peperangan di hospital Stoke Mandeville di Buckinghamshire pada 1948, Coe berkata: "Ia adalah visi Ludwig Guttman, yang mencetuskan Sukan Paralimpik.

"Oleh itu kami ucapkan selamat pulang kepada temasya sukan yang hebat ini," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Sukan Parlimpik ke-14.

Ratu England, Queen Elizabeth II merasmikan temasya Sukan itu.

Lebih 4,000 atlet dari 164 negara mengambil bahagian pada temasya tahun ini, jumlah penyertaan paling ramai dalam sejarah sukan itu.

Malawi dan Botswana menarik diri atas alasan kewangan.

Coe berjanji Sukan Paralimpik London 2012 akan menyaksikan jumlah penonton yang ramai.

"Kepada atlet saya katakan, anda akan mendengar sokongan kami. Semangat untuk Paralimpik ini adalah luar biasa. Ini akan menjadi temasya untuk dikenang," katanya.

Sementara itu, presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Sir Philip Craven dalam ucapannya berkata: "Malam ini adalah permulaan kepada sesuatu yang amat istimewa.

"Persembahan anda akan memberi inspirasi dan membangkitkan dunia. Anda semua bukan sahaja memberi inspirasi kepada generasi kini, tetapi juga generasi akan datang."

Temasya 11 hari bermula hari ini dengan 23 pingat emas dipertaruhkan Malaysia dalam acara judo, powerlifting, menembak dan berenang.-BERNAMA

Artikel Lain