suria

Terbuka Amerika Syarikat: Federer Mula Aksi Pertama Tewaskan Young

Aksi Federer ketika menentang Young awal pagi Selasa.
Aksi Federer ketika menentang Young awal pagi Selasa.
Aksi Federer ketika menentang Young awal pagi Selasa.

PEMAIN nombor satu dunia, Roger Federer memulakan misi merangkul gelaran keenam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat dengan menewaskan pemain tuan rumah, Donald Young 6-3 6-02 6-4 pada aksi pusingan pertama, awal pagi Selasa.

Juara Wimbledon menang bergaya dalam tempoh 34 minit.

"Ia satu permainan yang bagus menentang pemain berbakat yang sebelum ini saya tidak pernah beraksi dengannya.

"Cuaca agak berangin dan agak lembap. Saya gembira dengan keadaan ini walaupun berdepan dengan lawan yang agak berbahaya.

"Secara keseluruhannya saya sangat teruja," jelasnya selepas perlawanan.

Pada aksi lain, Kei Nishikori yang berada di kedudukan ke-17 dunia tidak menghadapi sebarang masalah untuk menewaskan pemain Argentina, Guido Andreozzi, 6-1 6-2 6-4.

Turut mara ke pusingan kedua ialah Mardy Fish yang menewaskan pemain Jepun, Go Soeda, 6-3 6-2 3-2.

Trio dari Sepanyol, Fernando Verdasco, Marcel Granollers dan Feliciano Lopez mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Artikel Berikut

Artikel Lain