suria

Sharbinee Nafi Ada Masalah Alahan

Mohd Sharbinee Allawee Ramlie
Mohd Sharbinee Allawee Ramlie
Mohd Sharbinee Allawee Ramlie

PETALING JAYA: Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie menafikan mengalami masalah alahan terhadap makanan ataupun ubat-ubatan sehingga dia terpaksa diusung keluar padang akibat mengalami gatal seluruh badan ketika beraksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Ahad malam.

Sharbinee terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang dan ditahan lebih kurang lima jam sebelum dibenarkan pulang.

"Doktor mengatakan saya mengalami masalah alahan makanan ataupun ubatan-ubatan (vitamin)yang dimakan sebelum perlawanan.

"Namun saya yakin saya tidak adalah masalah alahan ini. Semua makanan saya makan dan tidak ada pantang larang. Begitu juga dengan rutin pengambilan vitamin saya.

"Laporan mengenai saya mengalami gatal-gatal ini kerana memakan mee udang adalah tidak benar," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Sharbinee berkata, kejadian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus membantu Terenggau mencatat kemenangan.

"Memang agak pelik, tetapi benda dah nak jadi. Saya tidak menganggapnya terlalu serius dan selepas ini saya akan terus memberi fokus kepada permainan.

"Agak terkilan juga kerana tidak dapat bermain sehingga tamat perlawanan semalam.

"Walaupun saya sudah pulih, doktor turut menyediakan bekalan ubat-ubatan sekiranya ia berlaku lagi selepas ini," jelas penjaga gol kebangsaan ini.

Pada aksi Piala Malaysia peringkat Kumpulan B semalam, Terengganu tewas 1-2 kepada ATM.

Artikel Berikut

Artikel Lain