Nur Suryani Pilih Bersalin Di PPUM - Sukan | mStar

Nur Suryani Pilih Bersalin Di PPUM

KUALA LUMPUR: Nur Suryani Mohd Taibi, penembak negara yang bertanding di Sukan Olimpik London ketika sarat mengandung, memilih Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai untuk melahirkan anak pertamanya.

Nur Suryani, 29, yang kini hamil hampir sembilan bulan dijangka bersalin pada 13 September depan.

"Insya-Allah jika tidak ada halangan...saya akan bersalin di PPUM," katanya.

Walaupun gagal meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik London baru-baru, penembak yang berasal dari Perak itu berharap kelahiran anak sulungnya dapat mengubati kekecewaannya meraih pingat di London.

Pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle Wanita di Sukan Komanwel India pada 2010 itu gagal mara ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada saingan awal di Olimpik London 2012.

Nur Suryani juga berharap anaknya akan mengikut jejak langkahnya menjadi atlet satu hari nanti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain