suria

MotoGP: Pedrosa Kuasai Litar Brno

Pedrosa menjuarai perlumbaan MotGP Czech pada Ahad.
Pedrosa menjuarai perlumbaan MotGP Czech pada Ahad.
Pedrosa menjuarai perlumbaan MotGP Czech pada Ahad.

PELUMBA Sepanyol, Dani Pedrosa menjuarai kejuaraan MotoGP Czech mengalahkan pendahulu kejuaraan dunia, Jorge Lorenzo pada pusingan terakhir di Litar Brno pada Ahad.

Pedrosa menamatkan 22 pusingan di litar sepanjang 5.4 kilometer itu dengan masa 42 minit 51.570 saat, merapatkan jurang dengan Lorenzo dalam kedudukan keseluruhan pelumba kepada hanya 13 mata dengan berbaki enam perlumbaan musim ini.

Sementara itu pelumba Britain, Cal Crutchlow dengan jentera Yamaha menduduki tangga ketiga bagi podium pertamanya dalam karier MotoGP, di depan rakan sepasukan dari Itali, Andrea Dovizioso.

Juara tahun lalu, Casey Stoner tidak beraksi kerana kecederaan buku lali sekali gus menyaksikan Lorenzo dan Pedrosa mempamerkan penguasaan mereka ketika bermula dan menjarakkan diri daripada kelompok penunggang lain, meninggalkan Crutchlow lebih 12 saat di belakang.

Pedrosa,26, mendahului Lorenzo yang bermula dari petak utama selepas separuh perlumbaan dan mengekalkannya hingga ke pusingan terakhir, apabila Lorenzo kembali memintas.

“Ia pusingan terakhir yang amat sukar kerana saya tahu Jorge amat pantas di pertengahan selekoh dan saya boleh mendengar bunyi enjin jenteranya di belakang saya," jelas Pedrosa.

“Saya tahu sedikit kesilapan akan memberi ruang kepadanya dan memang benar dia menggunakan kesempatan itu memotong saya,” katanya.

KEPUTUSAN PENUH PUSINGAN 12:

1. Dani Pedrosa - Honda HRC 42:51.570

2. Jorge Lorenzo -Yamaha Factory +00.178

3.Cal Crutchlow - Yamaha Tech 3 +12.343

4.Andrea Dovizioso -Yamaha Tech 3 +18.591

5. Stefan Bradl - Honda LCR +25.582

6.Alvaro Bautista -Honda Gresini +29.451

7.Valentino Rossi -Ducati MotoGP +34.514

8. Randy de Puniet -ART Aspar +01:04.285

9. Karel Abraham -Ducati Cardion AB +01:08.278

10. Aleix Espargaro -ART Aspar +01:09.972

Artikel Lain