suria

Yunus Salahkan Tulio Kerana Tidak Profesional

KUALA TERENGGANU: Jurulatih T-Team, Yunus Alif menyalahkan pemain asing pasukan itu, Marco Tulio Lopes Silva, kerana tidak profesional ketika bermain bersama pasukannya melawan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Khamis.

Yunus berkata pemain import dari Brazil itu diarah keluar padang oleh pengadil dan pasukan T-Team bukan sahaja terpaksa bermain dalam masa 25 minit terakhir dengan 10 pemain yang berkesudahan tewas 2-3 kepada pasukan lawan.

"Dia tidak menunjukkan sikap profesional yang diharapkan. Tindakannya menerjah kasar ke atas penjaga gol Pahang memang tidak seharusnya terjadi. Malu melihat pemain berkenaan diperintah keluar padang," katanya.

T-Team akan berdepan Sarawak Sabtu ini sebelum bertemu Selangor.

Bagaimanapun, Yunus gembira dengan prestasi tiga pemain pasukannya bagi Piala Malaysia, iaitu Sumerdi Hajalan dan Sharul Azhar Ture dari Sabah dan pemain polis, Fauzi Majid.- BERNAMA

Artikel Lain