Wigan Terima Tawaran Chelsea Dapatkan Moses - Sukan | mStar

Wigan Terima Tawaran Chelsea Dapatkan Moses

Victor Moses
Victor Moses

WIGAN mengesahkan kelabnya telah menerima tawaran kelima Chelsea terhadap penyerang mereka, Victor Moses.

Selepas mencapai persetujuan dengan harga yang ditawarkan, pemain berusia 21 tahun itu dibenarkan akan berbincang mengenai perkara selanjutnya bersama Chelsea.

Moses sebelum ini turut beraksi dengan Wigan ketika menentang Chelsea pada perlawanan pembukaan liga Ahad lalu di Stadium DW.

"Kelab boleh sahkan perkara ini. Selepas empat tawaran yang dibuat tidak berjaya, kami akhirnya menerima tawaran kelima oleh Chelsea dan penilaian serta syarat yang telah dipersetujui oleh Wigan Atheletic.

"Pemain juga telah diberi kebenaran untuk bercakap dengan pihak Chelsea," jelas satu kenyataan di laman kelab Wigan.

Artikel Sebelum

Wenger Tidak Terdesak Tambah Pemain Baru

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Azpilicueta Sah Sarung Jersi Chelsea

Artikel Lain