suria

Rodgers Tidak Benarkan Carroll Pindah Secara Pinjaman

Rodgers tidak akan lepaskan Carroll secara pinjaman.
Rodgers tidak akan lepaskan Carroll secara pinjaman.
Rodgers tidak akan lepaskan Carroll secara pinjaman.

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan bahawa dia tidak akan membenarkan penyerangnya, Andy Carroll meninggalkan kelab secara pinjaman.

Rodgers menyelar bekas kelab Carroll, Newcastle yang mahu mendapatkan pemain itu yang telah dijual kepada Liverpool dengan nilai £35 juta (RM172 juta) pada Januari 2011, dan kini cuba mengurangkan harga .

Rodgers berkata, kewangan pasukan tidak mencukupi sekiranya dia melepaskan penyerang England itu tanpa memperolehi nilai yang sesuai untuk mencari pengganti.

"Sudah tentu tidak ada peluang untuk perjanjian pinjaman dan ianya bukan untuk Newcastle.

"Newcastle memperolehi £35 juta tahun lalu dan untuk mendapatkan Carrol secara pinjaman, ia sangat tidak munasabah," jelas Rodgers.

Tambahnya: "Kami mempunyai skuad yang kecil. Kami telah kehilangan ramai pemain musim ini dan saya masih belum dapat cari pengganti sehingga kini. Itulah kenyataan keadaan kami sekarang.

"Saya memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang penyerang. Apabila jendela perpindahan ditutup, kami perlu menunggu hingga Januari tahun depan.

"Saya hanya ada Luis Suarez, Fabio Borini dan Andy Carroll. Mungkin jika saya 'gila' sahaja akan membenarkan Carroll meninggalkan kelab secara pinjaman atau jika mereka ada jalan lain untuk ini," jelasnya kepada Guardian.

Newcastle and kelab lain berminat untuk mendapatkan Carroll selepas Rodgers mengumumkan peluang Carroll sebagai pemain pinjaman dibuka jika itu mampu memberi faedah kepada kelab untuk jangka masa panjang.

Artikel Lain