suria

Spurs Tolak Tawaran Harga Tinggi Moutinho

CHIGWELL: Tottenham Hotspur telah membatalkan hasrat membawa masuk pemain Portugal Joao Moutinho kerana harga pemain tengah itu terlalu mahal, menurut pengurus baru Kelab Liga Perdana Andre Villas-Boas.

Spurs sedang mencari pemain menggantikan pemain pertengahan mereka Luka Modric, yang mungkin akan menyertai Real Madrid lewat bulan ini, tetapi Moutinho bukan merupakan pilihan walaupun telah bekerja di bawah Villas-Boas bersama Portugal.

"Tahap jangkaan Portugal tentang harga memberikan kesukaran," Villas-Boas memberitahu pemberita di tempat latihan Tottenham menjelang perlawanan pembukaan liga pada Sabtu di Newcastle United.

"Porto menjual dengan mahal, tetapi mereka menjual produk yang baik. Mereka mempunyai maruah dengan mempertahankannya seperti ini."

Ditanya jika Spurs boleh mengikat perjanjian dengan Moutinho, Villas-Boas menambah: "Tidak, saya fikir ia amat sukar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain