suria

Lampard Mahu Tamat Karier Bersama Chelsea

Frank Lampard
Frank Lampard
Frank Lampard

FRANK Lampard mahu menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Chelsea, namun sehingga masih lagi menunggu perbincangan mengenai kontrak barunya.

Pemain tengah yang baru dipanggil untuk menyertai pasukan England selepas tidak beraksi pada Euro 2012 baru-baru ini kerana kecederaan, bakal mengetuai perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Itali di Berne awal pagi Rabu.

"Kami pernah berbincang sekali musim lalu dan sehingga kini tidak ada apa-apa berita mengenai kontrak. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dan saya hanya bermain sahaja.

"Saya mahu duduk berbincang sekali lagi dengan pihak kelab, namun setiap kali beraksi, saya hanya terfikir untuk menyerahkan segalanya kepada mereka.

"Saya mahu tamatkan karier sata di sini. Saya yakin boleh beraksi lagi untuk beberapa tahun sehingga tahap tertinggi, namun terpulang kepada mereka.

"Saya sedar banyak perubahan yang telah berlaku di kelab ini. Saya sangat gembira apabila terlibat sama dan ramai pemain muda tiba di sini, ia mempu menyerikan lagi pasukan," katanya.

Lampard, 34, berkata, setiap orang ada pandangan tersendiri apabila umur mencecah ke angka 30 tahun.

"Itu adalah perkara biasa. Saya langsung tidak ambil peduli perkara tersebut.

"Yang penting saya mahu kecergasan saya di tahap maksimum, jadi saya boleh bersaing dengan baik," tambah Lampard.

Artikel Lain