suria

Franck Ribery & Karim Benzema Diarah Bela Diri

Benzema (kiri) dan Ribery diarah bela diri di atas tuduhan melacur gadis bawah umur.
Benzema (kiri) dan Ribery diarah bela diri di atas tuduhan melacur gadis bawah umur.
Benzema (kiri) dan Ribery diarah bela diri di atas tuduhan melacur gadis bawah umur.

DUA nama besar dalam dunia bolasepak Perancis - Franck Ribéry dan Karim Benzema -telah diarahkan untuk membela diri kerana melacur dengan wanita di bawah umur dalam satu kes perbicaraan berprofil tinggi yang pernah disaksikan dalam sukan ini.

Kedua-dua pemain berkenaan iaitu Franck Ribéry, yang kini bermain bersama kelab Jerman, Bayern Munich dan penyerang Real Madrid Karim Benzema, adalah beragama Islam.

Mereka telah diarah oleh sebuah mahkamah Perancis untuk membela diri atas tuduhan membayar Zahia Dehar, untuk melakukan hubungan seks.

Ketika kejadian itu, Zahia berusia di bawah 18 tahun - menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Perancis.

Mereka akan didakwa bersama enam orang lagi yang dituduh sebagai 'bapa ayam'.

Ketika disoal-siasat, Zahia Dehar memberitahu bahawa Benzema pernah membayar dia untuk melakukan hubungan seks pada tahun 2008, yang mana ketika itu dia hanya berusia 16 tahun.

Pelacur itu juga mendakwa, Ribéry turut membayar untuk mendapatkan khidmat seks daripadanya pada tahun 2009.

Malah dia mendakwa bahawa Ribery telah menerbangkannya ke Munich sebagai 'hadiah' untuk meraikan sambutan harijadi pemain itu yang ke-26.

Ribéry, yang telah pun berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak sebelum ini menjadi idola di Perancis sebagai seorang ahli keluarga contoh.

Pemain Perancis itu mengaku kepada para penyiasat yang dia melanggan Zahia tetapi tidak mengetahui yang wanita itu adalah di bawah umur.

Malah Zahia sendiri mengakui yang kedua-dua pemain bolasepak terkenal itu tidak mengetahui yang dia adalah di bawah umur.

Kedua-dua mereka kini berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan tiga tahun atau didenda €45,000 (£35,000) jika didapati bersalah.

Kes ini bermula pada tahun 2009 apabila pihak polis menyiasat satu sindiket pelacuran yang berpusat di sebuah kafe bernama Zaman Cafe yang terletak di tengah-tengah kota Paris.

Siasatan mendalam telah membawa kepada penangkapan Ribéry dan Benzima.

Bagaimanapun sejak kes itu terbongkar, nasib Zahia telah berubah menjadi selebriti.

Wanita kelahiran Algeria itu yang kini telah berusia 20 tahun telah menjadi model tetap untuk pereka fesyen terkemuka Eropah, Karl Lagerfield.

Di bawah bimbingan Lagerfield, Zahia juga telah memperkenalkan koleksi labelnya sendiri.

Dengan wajah yang jelita, Zahia Dehar telah berpindah ke Paris selepas ibu bapanya bercerai dan mula melayani orang-orang ternama di bar sekitar bandar itu.

Artikel Lain