suria

TSG Tetap Beri Ruang Kepada Anak Tempatan

KUALA TERENGGANU: Di samping menggunakan pelumba import, pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) masih menagih bakat anak tempatan untuk menyertainya bagi musim 2012-2013.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan berkata khidmat pelumba tempatan tetap diperlukan bagi menghadapi kejohanan di masa depan.

"Pada masa ini pun sudah ramai anak Terengganu yang menempah nama dalam arena lumba basikal antarabangsa. Ini termasuk pelumba yang sedang mewakili pasukan luar negara ataupun dalam negara," katanya.

Namun pada masa yang sama, beliau berkata TSG sedang mencari pelumba import untuk memantapkan pasukannya.

"Ramai yang berminat untuk menyertai TSG, tetapi mereka tidak sanggup menetap di Terengganu," jelasnya.

Hadi berkata buat masa ini, TSG akan mengekal pelumba Jepun, Shinichi Fukusima selain pelumba Korea iaitu Chan Jang Jae dan Kim Do Hyong yang menyertainya sejak TSG ditubuhkan tahun lepas.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain