suria

Piala Perisai Komuniti: Man City Laung Amaran Awal Tewaskan Chelsea

Torres (no 9) menjaringkan gol pertama perlawanan pada aksi Piala Perisai Komuniti bertemu Man City, Ahad.

MANCHESTER City memberi amaran awal menjelang saingan Liga Perdana Inggeris 2012/13 apabila muncul juara Perisai Komuniti 2012 menewaskan Chelsea 3-2 di Villa Park, Ahad malam.

Pasukan bimbingan Roberto Mancini itu mengambil kesempatan di atas The Blues yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Branislav Ivanovic menerima kad merah kerana mengasari Aleksandar Kolarov.

Gol City dijaringkan Yaya Toure, Carlos Tevez dan Samir Nasri pada separuh masa kedua memadamkan jaringan Fernando Torres pada separuh masa pertama di minit ke-40.

Ryan Bertrand merapatkan jurang jaringan pada minit ke-79 dengan menjaringkan gol kedua untuk Chelsea.

Namun agak sudah terlambat buat anak buah Roberto Di Matteo untuk menyamakan kedudukan selepas wisel dibunyikan dengan kedudukan 2-3.

Artikel Berikut

Artikel Lain