suria

Mancini Berang Richards Terpaksa Berehat Sebulan

Micah Richards
Micah Richards
Micah Richards

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini berang dengan perkhabaran mengenai pemain pertahannya, Micah Richards yang terpaksa diketepikan selama sebulan kerana kecederaan buku lali.

Richards mengalami kecederaan tersebut ketika menyarung jersi Great Britain pada Sukan Olimpik baru-baru ini ketika menentang Korea Selatan pada aksi separuh akhir.

Sebelum itu, Mancini berpendapat Richards hanya akan berehat dalam tempoh seminggu tetapi selepas menjalani rawatan, sebaliknya berlaku.

"Kami fikir Micah hanya mengalami kecederaan ringan tetapi sebenarnya tidak kerana ia memerlukan masa yang panjang untuk pulih.

"Dia ada masalah dengan buku lalinya, mungkin agak seirus dan dijangkan akan diketepikan selama sebulan," katanya.

Sementara itu, penjaga gol, Joe Hart turut direhatkan kerana kecederaan di bahagian belakang sekali gus menyaksikan dia juga tidak menyertai perlawanan antarabangsa antara England dan Itali pada Rabu ini.

"Joe mengalamai masalah bahagian belakang kelmarin (Sabtu) tetapi saya yakin ia tidak terlalu serius," tambah Mancini.

Artikel Berikut

Artikel Lain