suria

Olimpik 2012: Kebijaksanaan Farah Sumbang Emas Kedua Untuk Dirinya

LONDON: Pelari Great Britain Mo Farah memenangi emas acara 5,000 meter dan menjadi pingat emas kedua Olimpiknya mencetuskan sensasi di kalangan penonton yang menyaksikan saat-saat berharga beliau mencatat kemenangan pada Sabtu.

Farah menjadi orang ketujuh memenangi kedua-dua acara 5,000 meter dan 10,000 meter di Sukan Olimpik dengan catatan masa 13 minit 41.66 saat.

"Saya mahu pingat emas bagi setiap seorang anak saya yang dalam perjalanan. Dua pingat emas. Siapa sangka?" kata Farah.

"Ia merupakan satu perjalanan yang panjang," katanya sambil penonton melaungkan namanya.

Lelaki terpantas tahun ini Dejen Gebremeskel Ethiopia, menyudahkan larian dalam masa 13:41.98 untuk meraih perak dan peserta Kenya Thomas Pkemei Longosiwa menang gangsa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain