suria

Lagi Emas Buat Bolt Jamaica Menang 4 x 100 Meter

LONDON: Usain Bolt pada Sabtu mengakhiri Sukan Olimpik London dengan penuh gemilang dengan memperoleh emas ketiga dan mencatat rekod dunia apabila Jamaica memenangi acara 4x100 meter lelaki akhir, tetapi 'legenda olahraga' ini adalah tidak pasti dapat mengulanginya sekali lagi.

Bolt, digelar sedemikian selepas mempertahankan mahkota 100 dan 200 meter yang dimenangi di Beijing empat tahun lalu pada Olimpik kali ini, telah membawa kuartet Jamaica yang terdiri daripada Nesta Carter, Michael Frater dan Yohan Blake menang dalam masa 36.84 saat, kurang 0.2 saat daripada rekod yang dicipta mereka pada kejohanan dunia tahun lepas.

Kemenangan ini menjadikan Bolt, 25, yang memiliki enam emas Olimpik dalam dua kejohanan bimbang menjanjikan jumlah pingat yang sama.

"Saya telah memikirkannya dan saya fikir ia akan menjadi sukar. Yohan akan datang dan saya pasti banyak pelapis muda akan muncul jadi saya akan lihat apa yang berlaku dalam tempoh empat tahun," kata Bolt kepada pemberita.

"Ia satu perasaan yang indah kami mengakhirinya seperti ini. Kami melakukannya tahun lalu dalam kejohanan dunia - bagi saya ia adalah satu perasaan yang indah," kata Bolt.

"Pasukan ini tampil memberikan persembahan terbaik yang mereka ada. Saya tahu mencatat rekod dunia adalah mustahil."

Pasukan Amerika Syarikat memenangi pingat perak dengan catatan masa 37.04 saat menyamai rekod lama.

Kanada yang menduduki tempat ketiga bagaimanapun hilang kelayakan kerana perlanggaran lorong, meninggalkan atlet menangis di trek dan Trinidad dan Tobago telah dianugerahkan pingat gangsa dengan catatan masa 38.12 saat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain