suria

Cardiff Ikat Bellamy Dua Tahun

Craig Bellamy
Craig Bellamy
Craig Bellamy

PENYERANG Liverpool, Craig Bellamy sah menjadi milik Cardiff dengan kontrak perjanjian selama dua tahun.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan pemain bebas selepas kontraknya di Anfield telah tamat awal musim ini.

Bellamy sebelum ini juga dilihat gembira bersama Cardiff secara pinjaman ketika musim 2010/11, kini akan kembali menyertai bekas rakan sepasukan menjelang perlawanan Divisyen 1 menentang Huddersfiel.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga berjaya membawa Craig kembali ke sini.

"Juga kepada Craigh yang mempunyai keyakinan dan minat untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini.

"Saya yakin kehadirannya akan lebih memberi keterujaan kepada kelab dan semua penyokong setia Cardiff untuk memulakan musim baru ini," jelas Ketua Eksekutif kelab, Alan Whiteley dalam laman web rasmi kelab itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain