suria

Carrick Dipanggil Sertai Skuad England

Michael Carrick
Michael Carrick
Michael Carrick

MICHAEL Carrick dipanggil bagi menyertai skuad England bersama pemain Spurs, Steven Caulker dan Jake Livermore menjelang perlawanan persahabatan menentang Itali di Berne Rabu ini.

Sebelum ini, pemain tengah Manchester United ini memberitahu kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) bahawa dia tidak mahu menyertai skuad Euro yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun, Carrick kini bersedia untuk beraksi dalam skuad Roy Hodgson yang turut menyaksikan dua pemain Spurs tersebut dipilih buat kali pertama bersama seorang lain pemain Chelsea, Ryan Bertrand.

Secara keseluruhannya, seramai enam orang pemain mempunyai peluang untuk memenangi kap pertama bersama England termasuk Tom Cleverley dan penjaga gol, Jack Butland serta John Ruddy.

Kapten The Three Lions, Steven Gerrard bersama John Terry, Wayne Rooney ada Ashley Cole tidak disenaraikan dalam skuad, namun Frank Lampard yang tidak beraksi pada Euro sebelum ini kerana kecederaan kembali bersama skuad.

Hanya sepuluh pemain sahaja yang beraksi pada Euro 2012 dipilih bagi perlawanan persabahatan antarabangsa ini sempena persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2014.

England bakal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia menentang Moldova pada 7 September ini.

Senarai barisan skuad England:

Penjaga gol : Jack Butland (Birmingham City), Joe Hart (Manchester City), John Ruddy (Norwich City)

Pemain pertahanan: Leighton Baines (Everton), Ryan Bertrand (Chelsea), Gary Cahill (Chelsea), Steven Caulker (Tottenham Hotspur), Phil Jagielka (Everton), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).

Pemain tengah: Michael Carrick (Manchester United), Tom Cleverley (Manchester United), Frank Lampard (Chelsea), Adam Johnson (Manchester City), Jake Livermore (Tottenham Hotspur), James Milner (Manchester City), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Jack Rodwell (Everton), Ashley Young (Manchester United).

Penyerang : Andy Carroll (Liverpool), Jermain Defoe (Tottenham Hotspur), Daniel Sturridge (Chelsea), Theo Walcott (Arsenal).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cardiff Intai Bellamy

Artikel Lain