suria

KM Sarawak Umum Hadiah Khas Kepada Pandelela

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini beliau akan mengumumkan pemberian hadiah khas kepada peserta Olimpik dari Malaysia, Pandalela Rinong sekembalinya dari kejohanan berprestij di dunia itu.

Beliau berkata hadiah tersebut akan bersesuaian dengan kejayaan athlet terjun berusia 19 tahun itu yang muncul sebagai wanita pertama Malaysia memperoleh medal gangsa dalam acara platform 10 meter.

"Kita berbangga kerana mempunyai seorang rakyat Sarawak memenangi pingat gangsa dalam Olimpik dan dia akan menjadi daya inspirasi kepada mereka yang lain," kata Taib ketika diminta mengulas kejayaan yang dicapai oleh Pandelela itu.

Dalam acara peringkat akhir di Pusat Akuatik London awal pagi Jumaat, Pandelela bermula kurang baik namun kembali mencabar dengan mengumpulkan 359.20 mata di belakang pemenang pingat emas Chen Ruolin dari China dan perak dirangkul oleh peserta Australia, Brittany Broben.

Dengan kejayaan ini, Pandelela akan menerima ganjaran RM150,000 di bawah skim insentif Kementerian Belia dan Sukan dan pencen bulanan RM2,000.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cardiff Intai Bellamy

Artikel Lain