suria

Rosenberg Sah Jadi Milik West Bromwich

Rosenberg bakal beraksi bersama West Brom musim baru EPL bermula minggu depan.
Rosenberg bakal beraksi bersama West Brom musim baru EPL bermula minggu depan.
Rosenberg bakal beraksi bersama West Brom musim baru EPL bermula minggu depan.

PEMAIN antarabangsa Sweden, Markus Rosenberg sah menjadi milik West Bromwich Albion dengan kontrak selama tiga tahun.

Penyerang berusia 29 tahun itu yang turut beraksi pada Euro baru-baru ini tidak mempunyai sebarang kontrak dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan aksi di Bundesliga bersama kelab Werder Breman pada Mei lalu.

Ketua jurulatih Baggies, Steve Clarke berkata, Rosenberg merupakan pemain keempat yang diikat kelab menjelang musim baru nanti selepas Ben Foster, Yassine El Ghannasy dan Claudio Yacob.

"Rosenberg adalah seorang pemain yang berpengalaman yang telah menjaringkan tiga gol dalam liga di Eropah dan ini merupakan peluang dia untuk membuktikan diri di Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Dia juga diharap akan membantu pasukan untuk berada di kedudukan yang selesa dan harapnya semua yang lain juga bersedia," jelas Clarke.

Secara keseluruhan, Rosenberg telah menjaringkan 83 gol dalam 186 perlawanan liga di Sweden, Belanda, Sepanyol dan Jerman, manakala enam gol dalam 30 aksi di peringkat antarabangsa.

Artikel Lain