Lawan Pedang: Peng Kean Intai Sukan Olimpik 2016 - Sukan | mStar

Lawan Pedang: Peng Kean Intai Sukan Olimpik 2016

Yu Peng Kean
Yu Peng Kean

SEPANG: Atlet Olimpik lawan pedang negara, Yu Peng Kean menjadikan pengalaman beraksi di Sukan Olimpik London 2012 sebagai motivasi untuk mengatasi kelemahan sebagai persiapan jangka panjang sebelum layak ke Olimpik 2016 di Brazil.

Mengakui banyak perkara baharu yang dipelajarinya ketika berada di London, Peng Kean, 21, berazam untuk berlatih lebih bersungguh-sungguh untuk mempertajam teknik dan strateginya.

"Ternyata atlet lawan pedang dari negara barat lebih hebat daripada kita kerana kebanyakan mereka merupakan atlet handalan yang berkelebihan baik daripada segi kemahiran mahupun kekuatan mental.

"Saya kagum dengan kehandalan mereka dan berharap mampu mencapai tahap serupa satu hari nanti," katanya.

Atlet kelahiran Bukit China, Melaka, itu berkata beliau berpuas hati dengan kejayaannya menewaskan pemain Mesir, Zeid Mannad dengan mata 15-12 dalam acara individu sabre lelaki, namun agak kecewa apabila tumpas kepada pemain nombor lima dunia dari Hungary, Szilagyi Aron, 1-15.

Pelajar jurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia itu menamatkan kemarau 48 tahun apabila menjadi atlet lawan pedang kedua negara yang layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Ronnie Theseira merupakan atlet lawan pedang pertama Malaysia dalam acara foil, epee dan Sabre kategori individu lelaki di Olimpik Tokyo pada 1964.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain