suria

Fletcher Kembali Beraksi Bersama Scotland

Darren Fletcher
Darren Fletcher
Darren Fletcher

PENGURUS Scotland, Craig Levein mengumumkan pemain tengah Manchester United, Darren Fletcher akan menjalani latihan minggu ini bersama skuad kebangsaan tersebut.

Karier pemain berusia 28 tahun itu dilihat terumbang ambing selepas bos Red Devils, Sir Alex Ferguson memberitahu bahawa kapten Scotland itu masih belum boleh beraksi berikutan mengalami masalah kronik di bahagian perut.

Namun Levein mengesahkan Fletcher akan bersama skuadnya menjelang perlawananan persahabatan menentang Australia selepas hampir sembilan bulan tidak beraksi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain