suria

Mancini Akui Putus Harap Untuk Dapatkan RVP

ROBERTO MANCINI mengakui bahawa beliau terpaksa melupakan hasrat untuk mendapat khidmat Robin Van Persie (RVP) selepas kelab itu gagal untuk 'melupuskan' khidmat beberapa pemain yang dianggap sebagai lebihan.

Pengurus Manchester City itu mahukan isu RVP, 29, diselesaikan secepat mungkin iaitu sebelum pintu perpindahan ditutup hujung bulan ini.

Bagaimanapun dengan Manchester United dan gergasi Itali, Juventus dikatakan bersedia untuk meletakkan £30 juta di atas meja untuk RVP, Mancini merasakan peluangnya kini amat tipis.

Ini kerana City hanya membenarkan Mancini membuat pembelian baru dengan syarat dia melupuskan khidmat Emmanuel Adebayor dan Roque Santa Cruz terlebih dahulu kepada kelab lain bagi membuka ruang kepada RVP untuk datang.

Malah Mancini kini berkata, Edin Dzeko — salah seorang penyerang berkaliber tinggi yang dikaitkan dengan perpindahan akan terus kekal bersama kelab itu untuk musim akan datang.

Pemain Bosnia itu akhir-akhir ini sering merungut mengenai peluangnya yang terbatas.

Bagaimanapun pada malam Sabtu, Dzeko membuktikan yang dia masih berbisa dengan menjaringkan dua gol ketika City menewaskan kelab Irish, Limerick 4-0 dalam perlawanan pemanas badan.

City adalah satu-satunya kelab utama dalam Liga Perdana Inggeris yang masih belum menambah pemain baru untuk musim akan datang selepas menjadi juara buat pertama kali dalam tempoh 40 tahun.

Artikel Lain