suria

Sukan Olimpik: Chai Lin Gagal Ke Peringkat Akhir

LONDON: Perenang jarak jauh negara Khoo Cai Lin gagal menempatkan diri dalam senarai lapan perenang yang layak ke akhir 800m gaya bebas wanita Olimpik 2012 apabila menduduki tempat keenam acara Saringan 2 di Aquatics Centre, di sini Khamis.

Perenang Malaysia itu mencatat masa lapan minit 51.18 saat, ketinggalan 16.000s di belakang pemenang Julia Hassler dari Liechtenstein yang mencatat 8:35.18s.

Daripada lapan acara Saringan, hanya perenang yang menduduki tempat pertama setiap Saringan layak ke peringkat akhir.

Perengang berusia 24 tahun dari Selangor itu adalah antara atlet Malaysia yang menempah tiket ke Olimpik 2012 di saat akhir.

Beliau layak untuk acara 800m gaya bebas apabila melepasi masa kelayakan 8:51.82s di bawah Kategori B pada kejohanan kebangsaan di Pusat Akuatik Bukit Jalil pada Mei dengan mencatat masa 8:49.28s.

Pada Olimpik Beijing 2008, Cai Lin mengambil bahagian dalam 400m dan 800m gaya bebas tetapi cabarannya terkandas di peringat Saringan.-BERNAMA

Artikel Lain