suria

Sukan Olimpik: Phelps Lebur Rekod 48 Tahun Jumlah Pingat Peribadi

Phelps memegang pingat Olimpik ke-19 miliknya selepas memenangi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti, Rabu.
Phelps memegang pingat Olimpik ke-19 miliknya selepas memenangi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti, Rabu.
Phelps memegang pingat Olimpik ke-19 miliknya selepas memenangi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti, Rabu.

PERENANG Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps menambah koleksi pingat yang ke-19 sekali gus meleburkan rekod 48 tahun jumlah terbanyak pingat yang diraih atlet pada Sukan Olimpik.

Phelps mencatat sejarah itu selepas meraih emas dalam acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti pada Rabu .

Kemenangan itu menambah koleksi pingat Sukan Olimpik yang dimiliki Phelps dengan mengatasi rekod kutipan 18 pingat oleh atlet gimnastik Rusia, Larisa Latynina.

Perenang 27 tahun itu masih lagi mempunyai tiga acara untuk diharungi sekali gus bakal mengakhiri karier sebagai perenang dengan 22 pingat jika memenangi tiga acara tersebut.

"Ia bakal menjadikan satu karier yang mengkagumkan. Tetapi kami masih mempunyai beberapa acara untuk dilalui," jelas Phelps.

Dengan itu, Phelps memasang impian untuk mencipta rekod dalam kolam renang di mana tiada siapa akan mampu untuk mengatasi catatannya.

Sebelum ini, Phelps hanya meraih pingat perak dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu lelaki setelah tewas mengejut kepada perenang Afrika Selatan, Chad Le Clos.

Kemenangan 15 pingat emas sepanjang kariernya telah mencatat jumlah tertinggi berbanding atlet lain.

Latynina memenangi 9 emas, lima perak dan empat gangsa dari tahun 1956-1964.

Selepas gagal meraih pingat di Sukan Olimpik Sydney 2000, Phelps bangkit meraih enam emas dan dua gangsa di Athens sebelum melakar sejarah lapan emas di Olimpik Beijing empat tahun lalu.

Sementara itu, Latynina,77, turut mengucapkan tahniah kepada Phelps selepas mengatasi rekod Olimpiknya.

Rekod yang dipegang selama 48 tahun akhirnya dipecah oleh seorang perenang lelaki.

Bagaimana pun, Latynina menganggap dia masih lagi peserta wanita Olimpik yang paling berjaya setelah menyaksikan sendiri tidak ada atlet wanita lain yang mampu memecahkan rekodnya.

Artikel Lain