suria

Pienaar Diikat Sebagai Pemain Tetap Everton

Aksi Pinaar ketika bersama Everton sebagai pemain pinjaman musim lalu.
Aksi Pinaar ketika bersama Everton sebagai pemain pinjaman musim lalu.
Aksi Pinaar ketika bersama Everton sebagai pemain pinjaman musim lalu.

EVERTON kembali mendapatkan pemain tengah Afrika Selatan, Steven Pienaar yang beraksi dengan Tottenham Hotspur dengan empat tahun kontrak bernilai 4.5 juta pound (RM22 juta).

Pienaar,30, menghabiskan tempoh empat tahun di Goodison Park sebelum berpindah ke Spurs pada Januari 2011.

Dia kembali selepas setahun kemudian sebagai pemain pinjaman dan akan memakai jersi bernombor 22.

Sehingga kini, Pienaar telah beraksi 14 perlawanan untuk Everton dan menjaringkan empat gol.

"Saya gembira berada di sini. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk kembali menyesuaikan diri dan saya teruja untuk bermain dengan kelab ini.

"Tidak ada perasaan berbelah bagi untuk kembali ke sini. Penghujung musim lalu saya memberitahu pengurus apa yang terbuku di hati dan sekarang semuanya sudah selesai," katanya.

Artikel Lain