suria

Pandelela, Mun Yee Sekadar Duduki Tempat Ketujuh

LONDON: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sekadar menamatkan saingan 10m platform seirama wanita di tempat ketujuh pada temasya Sukan Olimpik, malam Selasa.

Mereka mencatatkan 308.52 mata menerusi lima terjunan.

Pingat emas menjadi milik penerjun China, Chen Ruolin dan Wang Hao yang memperoleh 368.40 mata.

Sementara itu, penerjun Mexico A. Orozco Loza dan P. Espinosa Sanchez meraih pingat perak dengan mengutip 343.32 mata manakala pingat gangsa menjadi milik Roseline Filion dan Meaghan Benfeito dari Kanada.

Artikel Lain