suria

Pasukan Remaja Chelsea FC Bertemu Malaysia Malam Ini

KUALA LUMPUR: Pasukan Remaja Chelsea FC akan bertemu skuad Malaysia Bawah-19 dalam perlawanan persahabatan tertutup di padang Wisma FAM di sini malam Selasa.

Pasukan Chelsea itu tiba di sini Ahad lepas untuk kunjungan pra-musim Asia selepas lawatan lima hari ke Bangkok, di mana mereka dikalahkan 0-1 oleh Leo All Stars.

Chelsea FC dalam satu kenyataan berkata, pasukan tersebut yang dilatih oleh Adrian 'Adi' Viveash menampilkan pemain Bawah-18 dari Chelsea FC Academy termasuk pemain antarabangsa Bawah-16 England Reese Mitchell, Alistair Gordon, Jordan Houghton dan Fankaty Dabo. - BERNAMA

Artikel Lain