suria

Modric Setaraf Pemain Real Madrid: Cassillas

Modric masih berada di Spurs.
Modric masih berada di Spurs.
Modric masih berada di Spurs.

KAPTEN Real Madrid, Iker Cassillas mengalu-alukan Luka Modrid ke Bernabeu sekiranya perancang utama Tottenham Hotspur itu dilepaskan menjelang musim baru nanti.

Sehingga kini Modric masih berada di Spurs, namun ada khabar angin mengatakan Real Madrid akan membayar £36 juta pound (RM178 juta) berbanding harga sebenar yang ditawarkan Spurs sebanyak £40 juta pound (RM198 juta).

Pun begitu masih belum ada pengesahan yang diterima mengenainya, dan sekiranya terjadi, ia merupakan tempoh perpindahan paling lama musim ini untuk diselesaikan.

Modric telah dikaitkan secara jelas dengan Real Madrid beberapa bulan sebelum ini, dan pengurus Spurs, Andre Villas-Boas mengakui kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ini akan melepas pemain antarabangsa Croatia tersebut sekiranya mendapat harga yang diminta.

Cassilas yang bertemu Modric pada aksi Euro 2012 bulan lalu mengakui sekiranya ia menjadi kenyataan, Modric merupakan pemain pertama yang berjaya menyertai juara La Liga ini dengan nilai yang tinggi.

"Saya kenal Modric. Dia merupakan pemain hebat sejak menyertai Tottenham. Saya telah bertemunyad ketika aksi Euro dan telah mengharungi musim yang baik.

"Sekiranya pengurus meletakkan harga yang tinggi, saya yakin dia setaraf dengan pemain-pemain Real yang lain.

"Bukan tanggungjawab kami untuk bercakap mengenainya. Kelab dan pengurus sahaja yang boleh menyelesaikan perpindahan ini," jelasnya kepada AS.

Modric mula menyertai Spurs pada tahun 2008 dan telah melakukan aksi sebanyak 159 perlawanan dengan 17 gol, 26 gol adalah hasil bantuannya sekali gus menjadi antara perangcang terbaik di dunia.

Artikel Lain